LAMAN UTAMA

SELAMAT HARI GURU 2021 - BERGURU DEMI ILMU, BINA GENERASI BAHARU



NUZUL AL-QURAN




SALAM RAMADHAN




Apabila seseorang meninggal dunia tanpa Wasiat, seorang pentadbir atau beberapa orang pentadbir mestilah dilantik untuk mentadbir harta si mati. Pentadbir akan menghimpunkan semua aset serta menyelesaikan liabiliti si mati termasuklah hutang dunia dan akhirat serta mengagihkan lebihan harta si mati menurut hukum Syariah.

Prosedur-prosedur yang ditetapkan untuk permohonan perlantikan Pentadbir dan tugas-tugas serta  tanggungjawabnya adalah tertakluk kepada undang-undang berkenaan, dimana yang paling utama adalah Akta Probet dan Pentadbiran 1959. [Read More]


SOALAN LAZIM HAL BERKAITAN WASIAT 


1. Saya difahamkan bahawa undang-undang pewarisan Islam iaitu Faraid telah menetapkan bahagian-bahagian yang patut di perolehi oleh waris-waris simati. Kenapa saya perlu membazirkan masa dan wang untuk menulis Wasiat? 

Pembahagian Faraid adalah untuk waris-waris, sedangkan wasiat membenarkan pembahagian 1/3 daripada harta pusaka kepada bukan waris yang memerlukan.

Wasiat memberi peluang kepada orang Islam untuk terus mendapat pahala selepas mati kerana mewasiatkan hartanya untuk tujuan kebajikan atau agama Islam. Di samping itu Pewasiat boleh melantik Wasi untuk mentadbir harta pusaka dan penjaga harta anak dibawah umur. [Read More]

HIBAH BERCAGAR: Adakah sah atau tidak?


Hibah Bercagar: Adakah sah atau tidak untuk dilaksanakan?

SOALAN: 

Bolehkah saya membuat hibah sebagai satu dokumen perancangan untuk harta yang masih bercagar (hutang)? adakah sah atau tidak untuk dilaksanakan nanti? bagaimana pula jika harta tersebut mempunyai perlindungan insurans/takaful (mrta/mrtt), adakah masih tidak sah?


JAWAPAN: 

Sebagai permulaan adalah penting untuk kita fahami berkenaan bidang kuasa undang-undang hibah itu sendiri di Malaysia, seperti yang kita sedia maklum ada dua undang-undang yg diguna pakai di Malaysia, iaitu undang-undang sivil dan shariah. Sebagai pengetahuan, Hibah bidang kuasanya jatuh dibawah undang-undang Shariah di Mahkamah Shariah, undang-undang shariah berteraskan daripada Al-Quran, Hadith, Qias dan Ijma’ Ulama dalam panduan hakim untuk membuat keputusan pengesahan hibah tersebut. [Read More]



MELEPASKAN HAK FARAID DALAM PENTADBIRAN HARTA PUSAKA

Melepaskan hak bermaksud waris membebaskan haknya ke atas harta pusaka si mati dengan memberi atau menghadiahkan bahagiannya kepada waris lain.

Melepaskan hak juga bermaksud memberikan bahagian kepada waris lain secara percuma. Ia boleh dibuat secara lisan ketika perbicaraan sedang berjalan atau menandatangani Borang Persetujuan.

Kadangkala waris melepaskan haknya setelah dibayar. Tetapi itu tidak bermakna pelepasan itu tidak sah. Pihak Pentadbir Tanah tidak akan mengambil kira perkara itu. [Read More]



Apa yang kebanyakkan setiap waris perlu tahu tentang bagaimana nak dapatkan sijil faraid?





Apa itu sijil faraid?

Sijil Faraid adalah dokumen akuan pewarisan orang beragama Islam, yang menyatakan kesahihan ahli-ahli waris dan bahagian-bahagian yang diperoleh. Permohonan Sijil Faraid hendaklah dibuat di mahkamah syariah kerana hanya mahkamah syariah yang berbidangkuasa untuk menentusahkan siapakah waris yang berhak kepada harta pusaka si mati dan berapakah nilaian pembahagian bagi waris tersebut.

Sijil Faraid diperlukan contohnya bagi kes-kes seperti berikut:
Pasangan si mati ingin menuntut harta sepencarian. Sijil Faraid diperlukan terlebih dahulu sebab dengan adanya Sijil Faraid barulah boleh ditentukan siapakah pemohon dan siapakah responden dalam permohonan harta sepencarian. [Read More]

No comments:

Post a Comment