APAKAH MASALAH & RISIKO TANPA WASIAT?
1. PEMBEKUAN HARTA
Kini sebanyak 1 juta kes harta pusaka dianggar bernilai RM38 billion tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan akibat tiada perancangan harta dilakukan semasa hidup.
2. TEMPOH PENGAGIHAN HARTA PUSAKA YANG LAMA
Terdapat kes harta pusaka yang mengambil masa sehingga 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun atau 50 tahun untuk diselesaikan.
3. PENTADBIR YANG TIDAK AMANAH
Tanpa pelantikan Wasi yang berkredibiliti seperti as-Salihin Trustee Berhad, harta pusaka akan terdedah kepada risiko ditadbir oleh pentadbir yang tidak amanah.
PERANCANGAN HARTA PUSAKA
FARAID
Perkataan Faraid dari segi bahasa mempunyai maksud yang banyak. Antaranya ialah menentukan, memastikan, menghalalkan dan mewajibkan.
Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya.
Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta). [Read More]
AHLI WARIS FARAID
Faraid ialah bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak kepada waris si mati. Waris pula terbahagi kepada beberapa kategori iaitu waris utama, waris gentian, waris sisian pertama dan waris sisian kedua. Waris utama adalah insan yang paling rapat dengan si mati iaitu ayah,ibu, pasangan (suami atau isteri), anak lelaki dan anak perempuan.
Setiap daripada waris utama ini mempunyai hak dan kadar masing-masing dalam pembahagian harta faraid. Contohnya, bapa akan memperoleh hak sebanyak 1/6 daripada harta faraid tersebut. Ibu berhak sebanyak 1/3 (sekiranya si mati tidak mempunyai anak) dan 1/6 (sekiranya si mati mempunyai anak). Manakala pasangannya iaitu suami berhak sebanyak ½ (sekiranya si mati tidak mempunyai anak) dan ¼ (sekiranya si mati mempunyai anak. [Read More]
APAKAH ITU WASIAT?
Wasiat ialah suatu dokumen sah yang melantik Pemegang Amanah (Wasi) bagi menguruskan harta Pewasiat mengikut faraid atau hasrat Pewasiat tersebut.
DALIL WASIAT
Pada permulaan Islam, berwasiat adalah suatu kewajipan untuk ibu bapa dan kaum kerabat yang terdekat berdasarkan Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Diwajibkan ke atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, berwasiatlah untuk ibu-bapa dan kaum kerabatnya secara ma’ruf (ini adalah) kewajipan atas orang-orang yang bertaqwa”. (Surah Al-Baqarah:180). [Read More]
Perancangan harta pusaka bukan hanya mengenai pengagihan aset anda selepas kematian anda tapi yang lebih penting adalah bagaimana urusan pentadbiran harta pusaka anda dilaksanakan.
Melalui Wasiat anda berhak melantik Wasi/Pentadbir harta pusaka dalam kalangan individu atau syarikat amanah yang anda percayai dan yakin boleh melaksanakan tugas tersebut.
Pelantikan Wasi yang berwibawa akan mempercepatkan proses pencairan harta pusaka dan penyelesaian hutang piutang serta pengagihan harta pusaka anda kepada benefisiari yang berhak dengan telus, lancar dan sempurna. [Read More]
- Wasiat bukan untuk waris. “tidak harus wasiat kepada waris… kecuali, diizinkan oleh waris yang lain” (Riwayat Daruqutni daripada Ibnu Abbas r.a)
- Pemberian kepada waris yang tidak mengikut faraidh adalah tertakluk kepada persetujuan waris-waris lain selepas pewasiat meninggal dunia.
- Hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat. Jadi ia boleh di pinda seberapa kali yang boleh.
- Tidak mempunyai peraturan yang ketat.
- Peraturan 1/3 adalah khas untuk golongan bukan waris yang mana pemberian ini tidak boleh di tentang oleh waris2 lain melainkan ia melebihi dari 1/3.







No comments:
Post a Comment